Dalam perjalanan kita sering melakukan persinggahan untuk melepaskan kepenatan. Di sana kita akan dapat melihat pelbagai peristiwa dan kerenah sikap dan kehidupan manusia termasuk diri kita sendiri....
Sunday, December 11, 2011
Tuesday, December 6, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Pengertian Aqidah
Berasal dari kata dasar 'AQADA - عــقــد
Membawa kepada dua pengertian.
1. 'UQDAH - عــقــدة bermaksud " Simpulan tali yang kuat padu" " tidak boleh dirungkai"
" Sesuatu yang tersimpul secara erat atau kuat"
- Keyakinan yang kukuh dan jitu dalam jiwa seseorang Muslim terhadap segala dasar kepercayaan dalam Islam diibaratkan seperti simpulan tali-tidak mungkin dapat dirungkai lagi walau dalam apa keadaan sekali pun.
- Contoh keteguhan aqidah orang beriman dapat dilihat dalam kisah BILAL, SUMAIYAH, MASHITAH dan lain-lain.
2. 'AQAD - عــقــد bermaksud "perjanjian" - iaitu perjanjian antara manusia dengan Allah semasa di alam roh - janji untuk mengakui dan meyakini kewujudan Allah lalu mentaatinya.
Firman Allah dalam Surah al-A'raf ayat 172 yang bermaksud:
"dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Pengertian AQIDAH menurut istilah:
" Kepercayaan dan keyakinan yang teguh di dalam hati terhadap dasar keimanan dan direalisasikan ke dalam kehidupan seharian dalam aspek ibadat, muamalat, akhlak dan seluruh kegiatan hidup seharian.
Tahiyat Akhir dan makna
Segala penghormatan, keberkatan, rahmat dan yang baik adalah bagi Allah. | |
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta berkat-Nya | |
Sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. | |
Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah | |
Dan aku mengaku bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. | |
Ya Allah, berilah rahmatMu ke atas Nabi Muhammad | |
Dan sejahteralah ke atas keluarga Nabi Muhammad. | |
Seperti Engkau berikan rahmatMu ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. | |
Dan berilah berkat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. | |
Seperti Engkau telah berikan berkat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. | |
Di dalam alam ini. | |
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia |
Doa Qunut dan makna
Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan. | |
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. | |
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. | |
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. | |
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan. | |
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. | |
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. | |
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. | |
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi | |
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. | |
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. | |
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya. | |
Doa Iftitah dan makna
dengan keadaan suci lagi berserah diri;
dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.
Surah Al Fatehah dan makna

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
KURSUS WU011/WU021/WU031/WU041
PENDIDIKAN ISLAM
1. UJIAN PENGETAHUAN (40%)
i. Soalan objektif berbentuk aneka pilihan atau soalan struktur atau esei.
ii. Menggunakan aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi
2. KERJA KURSUS (50%)
i. Kertas Kerja / Pembentangan / Persembahan Multimedia / Forum / Syarahan / Penganjuran Majlis / Lawatan / Khidmat Masyarakat / Pertandingan ( 30% )
ii. Penghayatan ( 20% )
Pilihan pelaksanaan
• Ayat Hafazan – Surah Al-A’la dan Ayat-ayat Lazim
• Bacaan dalam solat dan maknanya – Al Fatehah, Doa Iftitah, Doa Qunut dan Tahiyat Akhir
3. SAHSIAH ( 10% )
Di nilai dari aspek:
• Penampilan
• Sikap ( Kehadiran, penglibatan )