Tuesday, November 29, 2011

Pengertian Aqidah

AQIDAH dari segi bahasa.

Berasal dari kata dasar 'AQADA -
عــقــد

Membawa kepada dua pengertian.

1. 'UQDAH -
عــقــدة bermaksud " Simpulan tali yang kuat padu" " tidak boleh dirungkai"
" Sesuatu yang tersimpul secara erat atau kuat"

  • Keyakinan yang kukuh dan jitu dalam jiwa seseorang Muslim terhadap segala dasar kepercayaan dalam Islam diibaratkan seperti simpulan tali-tidak mungkin dapat dirungkai lagi walau dalam apa keadaan sekali pun.
  • Contoh keteguhan aqidah orang beriman dapat dilihat dalam kisah BILAL, SUMAIYAH, MASHITAH dan lain-lain.

2. 'AQAD - عــقــد bermaksud "perjanjian" - iaitu perjanjian antara manusia dengan Allah semasa di alam roh - janji untuk mengakui dan meyakini kewujudan Allah lalu mentaatinya.

Firman Allah dalam Surah al-A'raf ayat 172 yang bermaksud:

"dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Pengertian AQIDAH menurut istilah:

" Kepercayaan dan keyakinan yang teguh di dalam hati terhadap dasar keimanan dan direalisasikan ke dalam kehidupan seharian dalam aspek ibadat, muamalat, akhlak dan seluruh kegiatan hidup seharian.


No comments:

Post a Comment